Background

SUCCESS STORIES


MAKLUMAT PSH


PROGRAM/ KURSUS PSH


DATA PSH


E-PSH


SUCCESS STORIES

SUCCESS STORIES

KURSUS PERSIJILAN PROFESIONAL IOS CERTIFIED ASSOCIATE DEVELOPER (ICAD)
(Anjuran: Politeknik Balik Pulau)

Tarikh: 22-26 Jun 2020
Penyertaan Program: 11 orang
Tempat: Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
Ringkasan Program: Kursus ini menggunakan peruntukkan daripada pihak CIAST. Seramai 11 org peserta telah menyertai kursus ini dan 6 orang peserta telah menduduki peperiksaan dan berjaya mendapatkan sijil profesional. Kursus ini dirancang untuk menjadi salah satu kursus PSH kepada komuniti pada masa akan datang
Objektif: Memastikan pensyarah tidak ketinggalan dan diiktiraf setanding dengan IT Profesionals di dalam industri serta memberi nilai tambah kepada pensyarah untuk berdaya saing dan menjadi pakar rujuk dalam bidang iOS Application and Development

STEM AND GO GREEN INNOVATION AND CREATION FAIR PERINGKAT PULAU PINANG
(LEGO MINDSTORM EDUCATION EV3)
(Anjuran: Politeknik Balik Pulau)

Tarikh: 03 Oktober 2020
Penyertaan Program: 20 orang
Tempat: Dalam Talian (Google Meet)
Ringkasan Program: Program ini merupakan program CSR anjuran PBU dengan kerjasama Jabatan Pendiddikan Negeri Pulau Pinang. Terdapat 6 aktiviti menarik di dalam program ini dan Lego Mindstorm Education EV3 merupakan salah satu aktiviti di mana ianya merupakan aktiviti berbentuk kelas online bagi mendedahkan para pelajar kepada Teknik membuat pengaturcaraan bagi menyelesaikan tugasan dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.
Objektif: Memberi pendedahan tentang teknik membuat pengaturcaraan bagi menyelesaikan tugasan dalam bidang teknologi dan kejuruteraan serta memberi inspirasi kepada kemahiran reka cipta dan inovasi serta memupuk kehidupan yang lebih baik, termasuk keyakinan diri, komunikasi, dan kepimpinan.